7 Sebab Anda Patut Mengunjungi KLCC

7 SEBAB ANDA PATUT MENGUNJUNGI KLCC

Menara Berkembar Kuala Lumpur @ Twin Tower @ KLCC merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia sehingga saat artikel ini dicatat. Kat sini saya nak beritahu kenapa anda patut mengunjungi KLCC sebagai salah satu lokasi pelancongan anda. Menara ini boleh diakses melalui perhubungan darat mahupun LRT.


  1. Dah tentulah sebab KLCC ini adalah bangunan berkembar tertinggi di dunia. Kedudukan itu sahaja sudah mampu menarik perhatian orang ramai untuk masuk dan menaiki tingkat demi tingkat bagi melihat pemandangan Kuala Lumpur ( walaupun hakikatnya susah dapat peluang naik )
  2. Di tingkat 41 dan 42 terdapat sebuah jejantas yang menghubungkan kedua-dua bangunan. Jambatan langit Menara Berkembar Petronas (sky-bridge) adalah berketinggian 58.4 meter (192 kaki) panjang. Ianya mempunyai berat 750 tan.
  3. Di dalam bangunan berkembar ini terdapat pusat membeli-belah Suria KLCC yang sudah tentu dapat menarik perhatian para wanita untuk berkunjung.
  4. Selain itu, terdapat sebuah aquaria yang dinamakan Aquaria KLCC. Tempat ni memang sesuai untuk lawatan keluarga dan bertaraf dunia.
  5. Jika anda tercari-cari lokasi sains interaktif untuk anak-anak, Petrosains adalah lokasi sesuai untuk kanak-kanak yang ingin mempelajari tentang lukisan cahaya, nanoteknologi dan banyak lagi.
  6. Anda tidak akan pernah rugi jika berkunjung ke Galeri Seni Petronas yang banyak menempatkan pameran-pameran menarik dan popular seluruh dunia.
  7. Akhir sekali, anda patut mengunjungi KLCC supaya bila orang bertanya anda bolehlah dengan bangganya menjawab saya sudah pergi. :-P
Share on Google Plus

About Nobody

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us on Facebook