Untuk memulakan artikel ini, saya ingin berpesan bahawa artikel ini tidak berkaitan dengan sesiapa pun dan sebahagian artikel ini mungkin diambil dari blog lain dan daripada pengalaman penulis sendiri.
Saya merupakan seorang pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan menetap di Selangor. Oleh itu, pada setiap kali pulang untuk bercuti dan kembali semula ke kampus, saya lebih suka menunggang motorsikal berbanding menaiki bas.
Bunyi macam gila kan ? Sanggup berpanas berhujan sejauh kira-kira 370km semata-mata nak jimat kos. Tambang bas pada ketika ini dari Kuala Lumpur ke Kangar adalah kira-kira RM47. Jika saya menunggang motorsikal saya hanya perlu membelanjakan sekitar RM20 sahaja. Ulang alik baru RM40. Kalau naik bas dah kena sampai RM100.
Maklum la saya ni sebenarnya bukanlah orang senang, sebab itu sebolehnya saya akan cuba berjimat sebanyak mungkin. Okay lah berbalik pada topik asal, untuk memulakan perjalanan jarak jauh dengan menunggang motorsikal anda perlulah :
- Menetapkan waktu bertolak yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Kaji pola cuaca pada musim tersebut agar perjalanan anda tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun panas yang terlalu terik.
- Pastikan penglihatan anda jelas sebelum melakukan tunggangan dan sentiasa mengambil berat akan tahap penglihatan semasa menunggang.
- Sebelum memulakan perjalanan, periksa motorsikal anda seperti keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T, coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek, dan lain-lain perkara yang dirasakan perlu
- Sebelum memulakan perjalanan sila semak sejauh mana motorsikal anda boleh bergerak dari keadaan minyak penuh sehingga kering. Ini bagi memastikan anda dapat mengagak di mana anda perlu mengisi minyak. Lebih baik jika bawa bekalan tambahan sekurang-kurangnya 1 Liter petrol. Sebagai contoh, saya menggunakan Modenas Kriss model 2002 bagi perjalanan dari Selangor hingga Perlis yang mengambil masa kira-kira 6 jam, petrol penuh yang ada (3.+liter) dapat menampung perjalanan sejauh kira-kira 150km-170km. Oleh itu saya hanya perlu berhenti mengisi minyak hanya dua kali.
- Lebih baik untuk anda kerap berhenti berehat antara 3-5 kali bagi menyejukkan enjin motorsikal dan memastikan ia tidak jammed.
- Jika anda hanya berhenti sekali sahaja motorsikal anda berpotensi untuk rosak dan terkandas di tengah jalan (seperti yang terjadi pada saya)
(Kg Sejagop, Perak)
- Seterusnya pastikan anda mempunyai kelengkapan yang cukup dan perlu seperti baju hujan, sarung tangan, skru driver, spanar dan alatan tambahan lain.
- Dapatkan rehat dan mengisi perut dengan secukupnya sebelum bergerak.
- Akhir sekali, tunggang dengan cermat, jangan berlumba dan menggunakan laluan yang salah.
Itu sahaja perkongsian yang tidak seberapa dari saya, sehingga kita bertemu lagi. Jika ada sebarang cadangan tambahan sila komen dan saya akan tambah cadangan anda di dalam artikel ini.
(gambar hiasan)
NAK ISI MINYAK DALAM BOTOL APA YA? KALAU ISI DALAM BOTOL MINYAK PELINCIR BOLEH TAK?
BalasPadam