Antara tempat menarik yang boleh di lawati di Selangor adalah:
Sg. Chiling at Kuala Kubu Baru (Sungai Chiling Fish Sanctuary)
Terletak
di Kuala Kubu Bharu, jalan menghala ke Fraser Hill. Perjalanan dari
bandar Kuala Kubu Bharu menghala ke Fraser Hill. Landmark yang penting
anda perlu cari ialah Empangan Kuala Kubu. Sg Chiling terletak lebih
kurang 10 KM dari empangan tersebut.
KidZania KL
KidZania
KL merupakan satu tempat perlancongan baru di Kuala Lumpur. Andai anda
inginkan anak-anak anda merasa pengalaman menjadi seorang dewasa seperti
pemandu kapalterbang, pelayan restoran, jururawat, pembaca berita,
pekerja bank dan banyak lagi… ini adalah tempat yang paling sesuai
sekali.
Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Kampung
Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh
pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km
dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor. Kampung yang indah dan
permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk
beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan
kesibukan kota.
Bukit Melawati
Selain
Rumah Api yang dibina pada tahun 1907, pengunjung yang datang juga
berpeluang untuk melihat kesan sejarah lain ini seperti Meriam purba,
Batu Hampar, Perigi Beracun, dan Muzium Sejarah Kuala Selangor yang
dulunya adalah kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Di puncak
bukit ini juga terdapat Balai Cerap iaitu tempat melihatnya anak bulan
bagi menentukan tarikh bermula Ramadhan dan Syawal.
I City Shah Alam & I City Water World
The
WaterWorld @ I-City theme park is located within the grounds of the
technology based hub of I-City in Shah Alam Selangor. WaterWorld @
I-City is the latest addition for the splash happy citizens of Selangor
with its family orientated water park rides and facilities providing a
fun filled environment for all the family. A great day out.
Sepang Gold Coast dan Pantai Bagan Lalang
Bagan
Lalang is a beach destination near Sungai Pelek town in Sepang district,
about 60km from Kuala Lumpur. Once a quiet fishing village, the Sepang
Gold Coast integrated resort development has transformed the area into a
booming holiday retreat; the Golden Palm Tree Sea Villas the first of a
series of luxury hotel and apartment projects.
Pantai Morib, Banting Selangor
Pantai
Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan
matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di
Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari
terbenam -
Bukit Jugra
Terletak
di Banting, Selangor. Merupakan tempat yang terkenal untuk sukan
Paragliding tempat iaitu permainan luncur udara bagi Negeri Selangor.
Rumah api pun ada di sini.
Taman Botani Negara Shah Alam/ Taman Pertanian Bukit Cherakah
Terletak
di Shah Alam. Sangat menarik dan strategik serta penuh kehijauan.
Terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan disana. Berbasikal,
flyfishing,camping dll.Selain itu rumah 4 musim dan taman rempah ratus
juga menarik perhatian
Wet World, Shah Alam
Terletak
di Shah Alam. Wet World merupakan taman tema air yang sangat
menyeronokkan. Ia juga terletak bersebelahan dengan Tasik Shah Alam dan
akuaria, jadi keluarga boleh juga melawati kawasan tersebut.
Litar Antarabangsa Sepang
Litar
Antarabangsa Sepang merupakan litar sukan motor Malaysia yang terbaik
dan mempunyai kemudahan terbesar dari jenisnya di dunia. Litar ini boleh
menampung 130,000 penonton pada satu-satu masa.
Zoo Negara
Merupakan
zoo kebangsaan pertama di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1963.
Sampai sekarang, zoo negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological
Society Malaysia. Zoo Negara merupakan tarikan yang menarik untuk
dilihat oleh pengunjung.
Paya Indah Wetlands
Merupakan
taman eko-pelancongan seluas sekitar 3.100 hektar yang terletak di Kuala
Langat. Tempat ini menggabungkan teknologi pertanian moden bagi
mencipta suatu ekosistem yang seimbang.
Mines Wonderland
Sebuah
taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan
pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai
susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.
Batu Caves
Terletak
15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang
popular, terutama ketika festival Hindu – Thaipusam, yang jatuh pada
akhir Mac setiap tahun. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai
272 anak tangga.
Sunway Lagoon Water Park
Sunway
Lagoon Water Park merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat
di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di
sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel.
Pulau Ketam
Pulau ini
merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan suasana desa
yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan
melihat burung.
Selamat bercuti semua….Aku teringin nak pergi Pantai Morib, Banting Selangor. inshaAllah satu hari nanti.
SUMBER : faizalfredley.com
0 ulasan:
Catat Ulasan