Akim Mengaku Bercinta Sudah 3 Tahun

Rupa-rupanya Akim dan Stacy sudah 3 tahun bercinta. Ramai sebelum ini beranggapan hubungan mereka ini masih baru namun pengakuan ini nyata mengubah tanggapan peminat. Namun tak mengapa, peminat juga menyokong hubungan mereka dan setakat ni rasanya takda lagi gosip-gosip buruk berlaku. Semoga perhubungan mereka dapat dibawa hingga ke gerbang perkahwinan.
"Kami sudah kenal rapat dan menjalinkan hubungan cinta untuk tempoh tiga tahun. Apa salahnya saya mengorak satu langkah ke hadapan apabila perasaan bersedia itu datang dalam diri saya.
Malah Stacy sendiri pun tidak tahu menahu yang saya membuat keputusan untuk membuat kenyataan berkenaan. Tapi dia ada juga berkongsi dengan saya yang beberapa pihak menghubunginya untuk bertanyakan perihal perkara itu.
Saya tak nak letakkan beban dalam percintaan kami. Sebarang keputusan yang diambil oleh Stacy biarlah atas kehendak dan kerelaan dia sendiri. Lagipun isu agama ini begitu sensitif dan saya tak nak paksa dia.
Buat masa sekarang saya hanya memohon doa serta menyerahkan kepada Allah ialah mana tahu jika ada rezeki kita dapat saudari baru dalam Islam.
Kepada yang menyokong kami, doakan yang terbaik buat kami berdua '
Share on Google Plus

About Nobody

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us on Facebook