Apa Kes TMJ ?

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai penasihat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan tidak mahu menjadi sebahagian daripada organisasi yang tidak adil.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Darul Takzim (Johor DT) Johor Southern Tigers, Tunku Ismail menegaskan ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

Tunku Ismail berkata, beliau mengimpikan persatuan bola sepak yang diuruskan oleh mereka yang profesional selain penyokong bola sepak tempatan lebih bertamadun dan tidak berbalah sesama sendiri.
"Saya mempunyai satu impian dan idea yang menjadi pegangan dan saya sanggup berkorban untuk mencapainya.
"Impian saya satu hari nanti badan pentadbir bola sepak Malaysia akan dikendalikan golongan yang berdedikasi, profesional dan berpengetahuan mengenai bola sepak.
“Bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik. Selain itu, saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil, hanya bola sepak, permainan yang indah, tiada politik," katanya.
Tunku Ismail dilantik sebagai penasihat kepada Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, pada 3 Oktober tahun lalu.
Tengku Abdullah dipetik sebagai berkata, pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu bertujuan membantu FAM dalam memantapkan lagi keseluruhan pasukan senior dan junior kebangsaan.

Share on Google Plus

About Nobody

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us on Facebook