Iphone Menyamai Harga Sebuah Pulau ?

Iphone Menyamai Harga Sebuah Pulau ??
NEW YORK – Sebuah syarikat pengeluar barangan mewah di Amerika Syarikat (AS) melancarkan model telefon pintar iPhone termahal di dunia berharga £2.3 juta (RM12.7 juta).
Gajet berkenaan disaluti emas 24 karat dan dihiasi berpuluh-puluh berlian tulen.
Syarikat itu, Goldgenie menjalinkan kerjasama dengan pengeluar iPhone, Apple Inc. untuk menghasilkan telefon pintar itu.

Beberapa selebriti dunia termasuk pelari pecut, Usain Bolt, bekas bintang bola sepak, David Beckham dan penyanyi rap terkenal, P Diddy merupakan antara pelanggan tetap syarikat barangan mewah itu.
“Ia merupakan telefon paling eksklusif buat masa ini dan nilainya dianggarkan menyamai harga sebuah pulau kecil,” kata pengasas Goldgenie, Laban Roomes.
Menurutnya, Goldgenie turut menawarkan beberapa pilihan bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti rekaan telefon disaluti emas, platinum atau emas merah dan bertatahkan berlian serta batu permata lain.
Pelanggan yang ingin memiliki koleksi iPhone mewah itu akan diberikan tawaran oleh Goldgenie pada harga bermula dari £9,700 (RM53,544).
Pada tahun lalu, syarikat sama telah berganding dengan pereka popular, Alexander Amosu untuk menghasilkan sebuah telefon pintar iPhone 6 yang dihiasi sejumlah 6,127 butir berlian. Gajet mewah itu kemudian dibeli oleh seorang individu tidak dikenali pada harga £1.7 juta (RM9.3 juta). – Agensi
sumber : Kosmo

Share on Google Plus

About Nobody

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us on Facebook