Kami Berpisah Secara Baik - Diana Rafar

Kami Berpisah Secara Baik - Diana Rafar
Pengakuan Zamarul telah menjawab teka-teki tentang status hubungan mereka dan ramai yang mendoakan pasangan ini dapat kembali bersama setelah 8 tahun menyulam cinta dan 6 tahun bergelar suami isteri.
Diana yang tidak pernah memberikan sebarang komen mengenai rumah tangga beliau akhirnya bersuara dan meluahkan isi hatinya.

Saya menjalani kehidupan macam biasa. Rutin harian menjaga anak, perniagaan dan karier sebagai anak seni berjalan seperti selalu. “Terlalu banyak yang saya pelajari atas perpisahan ini. Mungkin ada rahmat di sebalik dugaan perpisahan ni berlaku.
Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul.
Apa yang berlaku menjadi ruang untuk saya sendiri menilai mana sahabat dan orang yang benar-benar ikhlas untuk urusan perniagaan ataupun persahabatan dan yang mana lawan serta sebaliknya. Insya-Allah saya lebih berhati hati selepas ni.
Saya tak nafikan ada orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku. Mungkin juga orang terdekat, sahabat atau sebagainya tapi bagi saya biarlah semuanya ini menjadi iktibar supaya saya lebih berhati hati selepas ini
Saya bangga dengan kenyataan Zamarul yang matang dalam mengatasi situasi dan keadaan. Apa pun dia tetap bapa kepada anak saya. Saya tidak sekali pun membenci atau gembira dengan apa yang terjadi.
Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah
Zamarul dalam pengakuan beliau tanpa berfikir dua kali mengakui masih lagi mempunyai perasaan sayang buat bekas isterinya itu. Apakah Diana juga  sama seperti Zamarul?
Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah.
Zamarul Hisham dan Diana Rafar berkahwin pada 16 Mei 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Kashfi Haiqal.

Agak sedih juga apabila membaca luahan hati Diana Rafar. Siapa yang mahu melihat rumah tangga hancur di tengah jalan bukan? Namun, takdir telah menulis segalanya.
Sumber Berita: Berita Harian
Share on Google Plus

About Nobody

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us on Facebook