KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 akan dikeluarkan pada 2 Mac ini.
Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing pada tarikh itu mulai 12 tengah hari sementara calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.
"Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS dengan menaip STPM RESULT
Sidang akhbar pengumuman analisis keputusan peperiksaan itu akan diadakan pada hari yang sama pada 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves.
Sebanyak 42,854 calon hadir menduduki peperiksaaan itu di 756 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 42,316 orang iaitu 98.74 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 368 calon sekolah swasta (0.86 peratus), 151 calon persendirian individu (0.35 peratus), 17 calon sekolah kerajaan negeri (0.04 peratus) dan dua calon sekolah integriti. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan