
Kata Erra menerusi
Harian Metro hari ini:-
Iya, saya mengaku sedang berkawan dengan seseorang.
Siapakah dia biarlah rahsia. Saya membuat pengakuan ini kerana saya mahu
hentikan cakap-cakap orang yang suka mengaitkan saya dengan mana-mana
lelaki. Buat masa ini biarlah saya rahsiakan identitinya dulu kerana
kami sedang dalam proses mengenali antara satu sama lain. Selanjutnya
biarlah keadaan dan masa yang menentukannya.

Sebelum ini ada
desas-desus Erra Fazira berkawan dengan golongan VVIP
namun telah dinafikan oleh pelakon tersebut. Satu masa nanti pasti Erra
akan bersedia untuk berkongsi identiti lelaki bertuah itu. Buat masa
ini, kita doakanlah sahaja yang terbaik untuk Erra. Semoga satu hari
nanti akan kembali bergelar isteri dengan lelaki yang dicintainya. Amin.
0 ulasan:
Catat Ulasan