Genap Setahun MH370 Harap Ditemui

Genap Setahun MH370, Harap Ditemui Semula
  Pada saat artikel ini ditulis, pesawat penerbangan awam milik Malaysia Airlines System (MAS) kod penerbangan MH370 masih belum ditemui. Kehilangan pesawat tersebut yang masih dalam pencarian menjadi tanda tanya banyak pihak apakah punca ia hilang dan dimanakah ia berada sekarang. Pesawat tersebut yang ketika itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing telah terputus hubungan dengan menara kawalan setelah ia memasuki sempadan negara Vietnam dan menjadikan suasana pada hari itu gempar apabila MH370 disahkan hilang oleh MAS.

Kesan dari pengumuman itu, seluruh rakyat Malaysia terutama ahli keluarga mangsa merasa terkejut dan risau akan keselamatan semua penumpang dan anak kapal. Kerajaan melalui Datuk Seri Najib telah mengeluarkan arahan bagi mencari pesawat tersebut. Pencarian bermula di sekitar Laut China Selatan dari perairan Malaysia sehingga ke Vietnam namun tiada apa-apa yang ditemui berkait dengan pesawat itu.

Melalui maklumat dari kerajaan, pesawat tersebut dikatakan ada membuat lencongan semasa dalam penerbangan dan tidak diketahui mengapa juruterbang berbuat begitu. Setelah beberapa hari pencarian, kawasan operasi Save and Rescue (SAR) telah diperluaskan sehingga ke Selat Melaka.


Rakyat Malaysia yang mengikuti berita kehilangan pesawat MH370 tidak putus-putus berdoa agar pesawat yang hilang itu dapat ditemui semula. Banyak berita-berita palsu telah  disebarkan melalui media sosial dan telah menyebabkan ahli keluarga mangsa dan rakyat Malaysia berdukacita dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang mereka-reka berita itu. Antara berita palsu yang tersebar meluas seperti pesawat tersebut ditemui di Tukun Perak, Langkawi dengan semua mangsa mati dan beberapa lagi berita lain yang menggangu dan mengecewakan banyak pihak.

Setelah itu, hasil maklumat dari Inmarsat, mereka mengatakan telah menerima isyarat ping dari pesawat tersebut di selatan Lautan Hindi dalam perairan Australia. Kerajaan dengan dibantu beberapa negara lain telah mengerahkan skuad SAR untuk kesana dan melakukan pencarian namun sehingga kini masih gagal menampakkan hasil positif.

Pelbagai teori telah dikemukakan sepanjang kehilangan pesawat MH370 antaranya:

  • pesawat tersebut telah disorok oleh jin
  • pesawat tersebut telah terhempas di Laut China Selatan
  • pesawat tersebut telah dirampas oleh pengganas
  • pesawat itu telah dibawa ke Pulau Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera USA di Lautan Hindi
  • pesawat itu membawa senjata berbahaya untuk dihantar ke China namun pemilik asal senjata tersebut dikatakan telah merampas pesawat bagi mendapatkan semula senjata tersebut.
Banyak lagi teori lain telah dikemukakan namun semuanya tidak mampu untuk dibuktikan selagi pesawat MH370 tidak dijumpai.

Marilah kita sama-sama berdoa agar pesawat itu ditemui semula dalam keadaan selamat.

Share on Google Plus

About Nobody

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us on Facebook