Shah Alam: Selangor menewaskan Sarawak 2-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.
Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan hasil jaringan Mohd Afiq Azmi seawal minit ke 9.
Selangor berjaya membolosi gawang pasukan lawan hasil sepakan Mohd Fitri Shazwan pada minit ke-76 menjadikan kedudukan 2-0.
Sarawak terus mengasak dan pada minit ke 83 cubaan pemain Sarawak berjaya dinafikan penjaga gawang Selangor Mohd Syammim Othman.
Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat perlawanan.
0 ulasan:
Catat Ulasan