CANBERRA - AUSTRALIA. Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, memberitahu bahawa terdapat kemungkinan pencarian MH370 akan ditamatkan dalam masa beberapa minggu lagi.
Truss yang juga Menteri Pengangkutan Australia berkata, satu keputusan perlu difikirkan sebelum menyambung pencarian pada kawasan seluas 1.1 juta kilometer persegi atau sebaliknya.
"Terus-terang kita tidak dapat mencari (pesawat tersebut) selama-lamanya, tapi kami mahu melakukan apa yang termampu untuk mengesan pesawat tersebut," kata Truss menerusi laporan Channel News Asia.
"Kita mengeluarkan perbelanjaan yang kita percaya ia sangat diperlukan untuk melakukan operasi ini menggunakan kelengkapan paling terbaik yang ada.
"Kita juga perlu membuat keputusan, contohnya sampai bila operasi ini perlu diteruskan," tambah Truss.
Truss juga memberi amaran bahawa pencarian di kawasan yang lebih besar adalah mustahil tanpa bantuan antarabangsa.
0 ulasan:
Catat Ulasan