MOTOGP : Debaran Pelumba Moto2 Negara

“Berlumba tanpa tekanan dan cuba buat kejutan.” Itu antara harapan yang mahu direalisasikan oleh pelumba Moto2 negara, Mohd. Zaqhwan Zaidi.
Mengakui masih belum bersedia sepenuhnya selepas selesai melakukan sesi ujian masa semalam, Mohd. Zaqhwan tetap positif untuk mencapai prestasi terbaik menjelang Grand Prix pertama di Qatar pada 29 Mac depan.
“Segala-galanya baharu untuk saya dan pasukan ini.
“Jentera, kru, malah kategori ini semuanya baharu. Jentera pun belum mencapai pelarasan terbaik.
“Banyak yang perlu disesuaikan dan saya sendiri dalam proses meng- adaptasikan diri,” kata Mohd. Zaqhwan ketika ditemui di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.
Begitupun, pelumba berusia 19 tahun itu yang bernaung bawah JPMoto Racing Team tetap positif dalam menetapkan sasarannya sepanjang musim ini.
“Saya akan cuba melakukan kejutan dan paling penting berusaha untuk berada dalam kelompok 15 terbaik dunia.
“Impian tersebut memang sukar memandangkan pelumba lain juga hebat tetapi saya akan bersaing tanpa tekanan dan itu akan menjadi kelebihan saya,” ujarnya yang akan mengemudi jentera Sutter.
Membuat kemunculan pertama di pentas kejuaraan dunia, Mohd. Zaqhwan juga yakin sentuhan Massimo Biagini selaku ketua kru mampu meletakkan JPMoto Racing Team di kedudukan terbaik.
“Saya juga percaya, kehadiran Zulfahmi (Khairuddin) banyak membantu saya.
“Saya bertuah mempunyainya sebagai rakan dan pendorong untuk saya berlumba.
“Pengalaman yang dikongsi sangat bernilai terutama selepas ini saya perlu berada di Eropah sebaik sahaja musim perlumbaan 2015 bermula,” jelasnya.

dipetik : kosmo

Share on Google Plus

About Nobody

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us on Facebook