Datuk Rosyam Nor terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kira-kira pukul 10 malam semalam.
Menurut Rosyam kereta jenis Peugeot miliknya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat.
Kereta Rosak Teruk
Walaupun keretanya mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan tersebut namun dia terselamat daripada sebarang kecederaan.
Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja.Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan.Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan.
Buat pembaca, berhati-hatilah ketika memandu maklumlah sekarang musim perayaan jalan pun sesak. Sama-samalah kita bertimbang rasa di atas jalan raya.
0 ulasan:
Catat Ulasan