Had Laju Lebuhraya Kekal

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak ada cadangan untuk menaikkan had laju kebangsaan di lebuh raya kepada 110 kilometer sejam (km/j).
Ini kerana, reka bentuk geometri jalan raya di Malaysia hanya sesuai untuk kelajuan kenderaan 120km/j.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kriteria penetapan had kelajuan kenderaan di negara ini ditentukan berdasarkan beberapa faktor setelah mengambil kira reka bentuk jaringan jalan raya dan lebuh raya memenuhi piawaian ditetapkan.
“Kadar had laju yang diwartakan di jalan raya dan lebuh raya di negara ini bertujuan memastikan tahap keselamatan pengguna secara keseluruhan.
“Ini kerana aspek keselamatan merupakan antara faktor utama dalam menentukan had kelajuan di sesuatu lokasi seperti di kawasan berkepadatan tinggi, kawasan menghampiri plaza tol, susur keluar dan kawasan angin lintang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) mengenai had laju kebangsaan kenderaan di lebuh raya perlu ditingkatkan memandangkan kenderaan semakin berkualiti dan berkelajuan tinggi pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
sumber : Kosmo
Share on Google Plus

About Nobody

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us on Facebook