Konsert Sempena F1 Malaysia 2015

PEMINAT sukan berlumba yang bakal menyaksikan siri kejohanan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2015 (F1 Malaysia 2015) pada 27 hingga 29 Mac ini bukan hanya setakat menonton perlumbaan bahkan turut berpeluang merasai keseronokan dengan adanya satu karnival anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Kejohanan yang memasuki kali ke-17 itu sedikit berbeza berbanding kejohanan terdahulu. SIC menawarkan beberapa aktiviti menarik dan sesuai untuk semula lapisan peminat sukan berlumba di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, harga tiket serendah RM80 bagi tontonan kejohanan kali ini boleh dikatakan antara termurah dan berbaloi dengan penawaran aktiviti riadah lain.
Karnival F1 menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti XTrack-drifting, Go-Kart dan zon pembelajaran dan ujian keberanian berhadapan dengan air untuk kanak-kanak. Karnival F1 itu turut dilengkapi dengan peralatan permainan seperti roda feris, rumah puaka dan ruang untuk pengunjung beristirahat.
Selain itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan selama 70 minit oleh pemenang empat Anugerah Grammy, Lenny Kravitz pada konsert sejurus selesai acara perlumbaan F1 Malaysia 2015.
Peminat boleh membeli tiket menerusi pusat khidmat pelanggan SIC, melalui laman web www.sepangcircuit.com atau hubungi Hotline Tiket di talian 603-8778 2222.
Share on Google Plus

About Nobody

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us on Facebook