Ibu dan ayah mana yang tidak mahu melihat anak dara mereka mengikut tuntutan agama, lebih-lebih lagi sebelum si anak bergelar isteri orang. Pastinya orang yang paling gembira dengan tindakan Hanis Zalikha ini adalah ibu bapanya. Untuk makluman, Hanis telah pun menimbang hasrat untuk menutup aurat ini beberapa bulan sebelum ini. Terharu membaca kata-kata Hanis. Katanya:-
Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama. Saya taknak ulas banyak=banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan, ini (berhijab) adalah doa dan galakan ibu bapa saya.
Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Pernah juga saya cuba-cuba belajar dengan bertudung bila keluar dengan mereka cuma saya tak ambil gambar dan berkongsi kepada umum. Hari ini (semalam) saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru.
Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekrang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit.
Luahan hati yang sama turut dimuatnaik oleh Hanis menerusi akaun Instagramnya.
Tahniah diucapkan kepada Hanis Zalikha atas perubahan ini. Semoga semakin murah rezeki hendaknya. Tahniah juga kerana berjaya menggembirakan hati kedua ibu bapa anda. Secara jujur, Hanis memang tampak lebih menawan bertudung. Semoga terus istiqamah. Amin. Sumber Harian Metro.
0 ulasan:
Catat Ulasan