Multi-Level Marketing atau lebih dikenali sebagai MLM telah lama bertapak di Malaysia bahkan di dunia. Teknik networking dalam perniagaan ini telah banyak digunakan oleh syarikat-syarikat besar seluruh dunia dengan cara dan konsep berbeza.
Namun, pada masa kini acapkali kita lihat program yang berselindung di sebalik nama MLM tetapi mengamalkan konsep pengumpulan wang ahli. Tidak perlu saya sebutkan apakah programnya kerana mungkin ramai yang mengetahui.
Menurut pendapat saya, MLM yang wujud pada masa kini ('new-style MLM')hanya bertindak merekrut ahli baru dengan galakkan imbuhan yang besar mengikut berapa ramai downline yang berjaya mereka dapatkan manakala 'old-style MLM' adalah konsep perniagaan biasa yang menggalakkan orang ramai membeli dan mempromosi produk syarikat kepada orang lain dalam erti kata lain ada jualan ada gaji.
Baru-baru ini, di Facebook telah viral isu ini dimana dipaparkan screenshot salah seorang peserta 'new-style MLM' yang cuba memujuk rayu seseorang (mungkin rakannya) untuk menjadi downline beliau dalam program MLM namun ditolak. Baca kesudahannya di bawah.
klik untuk besarkan
Apa pendapat anda tentang situasi seperti gambar di atas ?
0 ulasan:
Catat Ulasan